Covid-19 kematian 463 dilaporkan semalam

Sebanyak 463 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan. Berdasarkan maklumat dikeluarkan kementerian itu, ia termasuk tiga kematian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sebelum tengah hari semalam.

Manakala yang lain pula adalah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini. Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 108 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Bilangan kematian kini berjumlah 21,587 kes dan kebanyakannya direkodkan di Selangor (255), diikuti Kedah (54) dan Johor (38) dan beberapa negeri lain, kecuali Putrajaya dan Labuan, turut merekodkan kematian.

Sehingga semalam, terdapat 225,277 kes aktif Covid-19, termasuk 1,242 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 692 memerlukan alat bantuan pernafasan. Sebanyak 18,053 kes sembuh turut direkodkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here