KETUA MENTERI YANG MEMIKAT DUNIA TAMIL DENGAN HASIL KARYA

Hari ini merupakan hari ulang tahun yang  ke-112 bekas pemimpin Tamil Nadu, Annadurai yang lebih dikenali Arinjar Anna (Cendekiawan Anna) yang dilahirkan di daerah  Kanchiphuram dan secara bijak memenuhi keperluan rakyat tanpa sebarang kekurangan. Artikel ini diterbitkan membawa kenangan (Insan yang baik hati) Thangathamilmagan Anna yang kini sedang bersemati di Teluk Benggala.

* Rupanya seperti orang yang lurus tetapi berwibawa. Daya tarikan yang mampu menundukkan para pelawan. Pemerintah yang menyusun kerajaaan  dengan suara dan hasil karyanya.

* CNA Anna adalah nama sampingan beliau yang pertama terbit dalam politik sebagai pahlawan Tamil Nadu. Beliau pernah menjadi anak murid kepada Thantai Periyar E.V Ramasamy yang merupakan aktivis sosial sebelum digelar Anna (Abangku).

* Sejak bersekolah, berkuliah beliau asyik duduk di ambang tingkap sambil menjadikan amalam memakan sirih bersama kapur. Amalan pemakanan sirih menjadi kebiasaan sehinggalah beliau masuk ke liang lahad.

* E.V.Ramasamy adalah satu-satunya pemimpin yang hebat pernah saya temui dalam hidup saya. Walaupun Anna berpisah dari  EVR, beliau  meninggalkan kerusi kepimpinan demi tok gurunya untuk diisi. Malangnya sewaktu Anna meninggal dunia kerusi kepimpinan parti DMK tidak diisi oleh mana-mana pemimpin kegemarannya!

* Haiwan kesayangannya dua ekor merak, dua ekor rusa, burung merpati dan seekor anjing. Seminggu setelah beliau menimpa ajal, anjing ternakannya menghempus nafas terakhir di biliknya. Manakala ternakan lain pula diberikan kepada orang lain untuk dibela.  

* Pasangan suami isteri Anna dan Rani tidak dikurniakan cahaya mata. Oleh itu, beliau membesarkan anak-anak buahnya yang bernama Parimalam, Ilangovan, Gauthaman dan Rajendran sebagai anak kandung.

 * Anna senantiasa memakai kain dhothi yang dibasuh dan dibersihkan setiap hari – tidak menghiraukan baju itu harus dipakai. Hanya setelah menjadi Ketua Menteri barulah dia memakai ‘baju putih’!

* Rambut tidak dicukurkan. Tidak pernah melihat wajahnya  di kaca cermin. Cincin emas tidak pernah dipakaikan. Tidak akan memakai jam tangan. Beliau pernah berkata jawatan Ketua Menteri ini menjadikan aku sebagai ‘banduan’ yang berpaut pada kalendar dan jam tangan.

* Satu hektar tanah di Kanchipuram, sebuah rumah di Kanchipuram, suatu lagi rumah di Chennai Nungambakkam – adalah antara tiga harta yang ditinggalkan oleh seorang Ketua Menteri sewaktu melenyapkan mata.

* Sewaktu beliau meninggal dunia sebagai Ketua Menteri, dia hanya memiliki Rs 5,000 (Ringgit Malaysia 286-mata wang Malaysia) di akaunnya di Indian Bank, Chennai dan manakala  Rs 5,000 (Ringgit Malaysia 286-mata wang Malaysia) di Indian Bank di Mylapur.

* Industri tenunan dan jahitan terkenal di India dan beliau tidak ketinggalan menjadi penenun malah  menjadi kelebihan memperolehi sifat kesabaran dalam hidupnya. Sepertimana seorang penenun harus berhati-hati dan sabar untuk menyiapkan kain tenunan tanpa terlepas dari benang dan terputus.

* Sewaktu beliau menderita akibat penyakit kanser beliau tidak pergi ke mana-mana hospital swasta selaku Ketua Menteri malah beliau mengunjungi hospital kerajaan kerana memberi penghormatan dan keyakinan yang penuh terhadap petadbirannya, beliau berkata “Ini seperti tidak menghormati hospital kerajaan sendiri!”

* Terdapat banyak bukti arena dimana Anna berucap berjam-jam. Tetapi dalam suatu pentas beliau hanya berucap lima saat iaitu ‘kalamoo chithirai, neramoo patharai, ungluku nithirai, podunggal uthayasuriyanuku muthtirai’ (dengan intonasi berpuisi beliau meminta rakyat mengundi bagi simbol parti Matahari terbit)

* Antara pencapaian beliau adalah menamakan tanah Tamilan sebagai Tamil Nadu, memberikan pengiktirafan kepada pertubuhan menghargai diri, mengatur program pembelajaran dwibahasa dalam bahasa Tamil dan Inggeris.

* Anna adalah orang yang bertanding untuk kawasan Parlimen Chennai Selatan tanpa idea untuk menjadi Ketua Menteri, beliau hanya mahu parti DMK untuk berkuasa!

* Pelbagai topik-topik serta isu semasa akan diberikan kalau beliau melangkah di depan peti suara. Dengan sekelip mata beliau mampu berpidato tentang isu yang diutarakan atau topik yang dibawa untuk dibicara. Begitu kuat berpidato dan berpetah dan rakyat membanjiri untuk mendengar ucapannya….

* ‘Ethayum thanggum ithayam’ Kathiyai thiddathee, buthiyai thiiddu, Elaiyin siripil iraivanai kandoom’ Kadamai-kanniyam-kattupaadu,Eengiruntalum valka, Marappoom mannipoom, Valga vasavaalarkal, Matran thooddathu malligaiyum manam undu, Sattam oru iruddara, Makkal thonde magesan thondu’  antara laungan popular yang sering diluahkan oleh Anna.  

* Pengikut-pengikutnya menjaga dan dipertingkatkan ke tahap tertinggi dengan sering memanggil dengan gelaran novelist, artis, profesor, pemidato, pemahat fikiran, genius falsafah dan sebagainya.

* Kedai Buku Universal Moormarket dan Higginbothams, Chennai antara kedai buku yang biasanya dikunjungi oleh beliau untuk membeli bahan bacaan Inggeris. Menurut tinjauan oleh Higginbothams, Maharaja Mysore Jayasamraj Udayar dan Anna merupakan pembeli buku terbesar pada masa itu!

* Beliau gemar melelapkan mata dengan membaca bahan bacaan sewaktu tidur dan senantiasa lampu di bilik tidurnya terbuka. Ada juga dikatakan beliau takut untuk tidur berseorangan  atau biliknya dikunci. Oleh kerana terdapat begitu banyak monyet di Kanchipuram, beliau pernah ada ketakutan bahawa monyet itu akan menggigitnya!

* Setelah menjadi Ketua Menteri, Anna bertemu dengan EVR Periyar, Kamaraj dan Bhagwatsalam yang selama ini menjadi pembangkang untuk mendapatkan nasihat.

*Bagi Parti DMK beliau berpendapat bahawa jawatan Setiausaha Agung harus memihak bagi ramai pihak bawaanya yang berkaliber. “Kekuasaan tidak boleh tertumpu dalam hanya kepada kepemimpinan. Gerakan tidak boleh berada di bawah pengaruh mana-mana individu!” katanya. 

* Beliau menyiapkan dialog berhalaman 360 muka surat dalam masa satu malam untuk filem ‘Oor iravu’- Suatu Malam.  

* Orang ramai pada upacara pengebumian Cendekiawan Anna mencatatkan sejarah.  Menurut Guinness Book of World Records, upacara pengebumian Naib Presiden Britain, Nelson pada tahun 1806 dan Presiden Kamal Abdul Nasser pada tahun 1907 antara yang pengunjung yang ketiga tertinggi bagi Anna, kata laporan.

* Anna bertemu dengan Pop dan meminta pembebasan Mohan Ranade, seorang tahanan Portugis yang telah memperjuangkan pembebasan Goa. Setelah Freed Ranade dibebaskan ingin mengunjungi Anna untuk bersyukur tetapi hanya dapat berita kematiannya. Anna sudah tiada lagi di bumi ini. Kehidupan Anna menjelaskan bahawa  buat baik tanpa balasan dan berat mata memandang, berat lagi bahu memikul!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here