GEORGE TOWNm, April –
Polis sedang giat mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya sejak April 2.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, individu terbabit dikenali sebagai G. Veaknes berusia 38 tahun .
Menurutnya, wanita tersebut dipercayai keluar dari rumah namun tidak pulang sehingga ke hari ini sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan keluarganya.
“Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah menjumpai individu berkenaan supaya tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan .




















