Isu ‘perintah tambahan’, Muhyiddin ada semua hak soal kerajaan – Zaid

Kuala Lumpur, Apr.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin ada semua hak untuk mempersoalkan kerajaan berhubung kontroversi “perintah tambahan” berkait tahanan rumah Najib Razak, kata bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim.

Dalam satu hantaran di X, Zaid berkata ia menyedihkan untuk mengaitkan kehilangan menantu Muhyiddin, Adlan Berhan dengan kedudukan moral bekas perdana menteri itu dalam bercakap mengenai kontroversi tersebut.

Zaid mengulas kenyataan jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil semalam, yang berkata Muhyiddin perlu terlebih dahulu menunjukkan teladan dengan membawa Adlan yang didakwa “melarikan diri”, kembali ke Malaysia.

“Jemput balik menantu anda dulu, kemudian baharulah anda ada kedudukan untuk bercakap,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkait isu “perintah tambahan”, awal hari ini. “Jika beliau gagal berbuat demikian, justeru beliau tidak ada kedudukan moral untuk bercakap.”

Bagaimanapun, Zaid berkata “salah pengendalian” kerajaan dalam isu itu umpama mencabar kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam isu pengampunan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here