COVID-19: Pulau Pinang Dan Johor Kembali Jadi Zon Hijau, Pahang Pula Hilang Status Zon Hijau

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 20 Ogos hingga 2 September 2020.

Menerusi data taburan kes itu, KKM telah melaporkan bahawa bilangan zon hijau terus mencatatkan peningkatan.

Antara negeri-negeri yang telah diiktiraf sebagai zon hijau itu adalah Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan dan terbaharu Pulau Pinang serta Johor.

Menurut KKM, Pulau Pinang dan Johor telah kembali mendapat status zon hijau selepas ketiadaan kes Covid-19 baharu selama 14 hari.

Dalam pada itu juga, KKM turut melaporkan bahawa daerah Kuantan yang terletak di negeri Pahang telah bertukar menjadi zon kuning selepas terdapat satu kes Covid-19 baharu yang dicatatkan semalam.

Justeru daripada itu, orang ramai dinasihatkan supaya kekal mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi membantu kerajaan untuk menjadikan seluruh negara sebagai zon hijau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here