Boleh ke luar negara pada bulan Disember, mungkin lebih awal- kata PM

Rakyat dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara Disember ini, bahkan mungkin lebih awal sejurus selepas 90% kadar vaksinasi populasi dewasa dicapai, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, mereka yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara juga tidak lagi perlu memohon MyTravelPass (MTP) sebaik sahaja kebenaran rentas negara dibuka.

Ya, Disember. Mungkin awal lagi. Kita akan buka rentas negeri. Rentas negara pun boleh dibuka apabila mencapai 90% sudah divaksin. Rentas negeri pun tidak lama lagi sebab sekarang dah mencapai 85.5%, bermakna lagi dua minggu sudah boleh buka rentas negeri.Kita tidak perlu lagi daftar MyTravelPass untuk keluar negara tetapi kuarantin masih sama,kata beliau menurut laporan Mingguan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here