Kementerian Kesihatan melaporkan 9,890 kes harian baharu Covid-19 manakala 12,884 pesakit pulih. Ini menjadikan keseluruhan 2,157,565 daripada 2,313,727 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 827 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 782 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 45 disyaki dijangkiti.
Noor Hisham berkata dari jumlah jangkitan baharu, 162 kes (1.6%) adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala 9,728 kes (98.4%) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara berada pada 0.86 dengan Negeri Sembilan mempunyai nilai RT tertinggi iaitu 0.99. Tidak ada negeri dengan RT lebih tinggi daripada 1.00 direkodkan hari ini.





















