Arak punca bunuh kawan sendiri

Jempol: Bergaduh ketika mabuk dipercayai menjadi punca seorang lelaki mati selepas ditikam bertubi-tubi di sebuah kilang di Mahsan di sini. Dalam kejadian jam 1 pagi tadi, mangsa warga Myanmar dikenali sebagai Moe Naing 36, dikatakan bertengkar dengan tiga rakan senegara.

Sumber berkata, mangsa dipercayai mati serta merta di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat ditikam di beberapa bahagian badan. Pemeriksaan di kilang berkenaan mendapati lima pekerja warga asing yang dipercayai terbabit dengan insiden itu sudah melarikan diri.

Setakat ini suspek adalah tiga lelaki warga Myanmar. Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Jempol untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan, katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook yang dihubungi mengesahkan kejadian itu. Usaha sedang dilakukan bagi mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta melaporkannya di balai polis berhampiran. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here