5,666 kes Covid-19, 6,978 sembuh

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod kes harian Covid-19 dengan 5,666 jangkitan dikesan dalam tempoh 24 jam lalu. Dalam kenyataan media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah jangkitan kini adalah 2,431,716 kes.

Hisham berkata, terdapat 6,978 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 menjadi 2,327,369. Terdapat 299 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 601 kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 23 Okt , nilai RT Malaysia adalah sebanyak 0.87.Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kuala Lumpur (nilai RT 1.0), diikuti oleh Negeri Sembilan (nilai RT 0.99) dan Putrajaya (nilai 0.96).

Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali, Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Johor, Sarawak, Sabah, Putrajaya, Pulau Pinang dan Labuan,katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here