Ibu kota sesak, laluan dinaiki air

Kuala Lumpur: Laluan utama sekitar ibu kota sesak selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang tadi.

Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, laluan yang terjejas adalah Lebuhraya Mahameru, Jalan Klang Klang, Jalan Genting Klang, Jalan Istana, Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching.

Selain itu, banjir kilat dilapor berlaku di hadapan Astro menghala Bulatan Lumba Kuda mengakibatkan kesesakan di Lebuhraya Bukit Jalil apabila hanya satu lorong dibuka.

Situasi sama berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban apabila air bertakung di susur Bukit Jalil dan hanya satu lorong kanan boleh dilalui kenderaan. Terdapat pokok tumbang dari arah Bulatan Lumba Kuda yang menyebabkan lorong kiri terhalang katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here