Letupan bom di Kabul, tiga terbunuh

Sekurang-kurangnya tiga orang awam terbunuh dan 12 yang lain tercedera dalam dua letupan berasingan di ibu negara Afghanistan.

Jurucakap polis, Ferdaus Faramarz  berkata,  satu letupan telah berlaku ketika alat letupan improvisasi terkena bas mini di Daerah Polis (PD) 3.

 “Manakala, letupan lain yang serupa berlaku di PD 6 yang berdekatan iaitu di bahagian barat bandar,” katanya seperti laporan  agensi.

Sehubungan itu, angka kematian mungkin meningkat kerana terdapat  beberapa lagi mangsa cedera dan keadaan mereka kritikal.

Bagaimanapun, setakat ini tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here