Kuala Lumpur, Ogos-
9Anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terus komited mengesan mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, yang operasi pencariannya memasuki hari kesembilan sejak kejadian itu berlaku pada 23 Ogos.
Lebih 115 anggota dan pegawai terbabit dalam operasi itu membabitkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Awam, Indah Water Konsortium, Agensi Nuklear Malaysia serta Jabatan Mineral dan Geosains.
Tinjauan di lokasi pada jam 9.30 pagi tadi mendapat, pasukan SAR sudah berada di lokasi kejadian dan kawasan sekitar bagi meneruskan operasi pencarian mangsa, namun belum ada sebarang pergerakan setakat ini.
DBKL dalam kenyataan semalam memaklumkan operasi SAR pada hari kelapan diteruskan pada sebelah malam.




















