Kenderaan bertembung lori, 2 beranak maut dalam perjalanan sambut Krismas

Kota Kinabalu,Perjalanan pulang meraikan Krismas di pedalaman Sabah berakhir dengan tragedi buat lima sekeluarga, apabila dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung sebuah lori tiga tan.

Keluarga itu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka di daerah Keningau, ketika kejadian berlaku di Jalan Kimanis-Keningau pada 2 petang tadi. Paramedik yang tiba juga mengesahkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian, katanya ketika dihubungi.

Tina lagi ahli keluarga mangsa, William Baru Ngilo, 61, Daryleen Chilap, 13, dan Daniela Dale, 6, cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Misran berkata, pemandu lori terbabit hanya cedera ringan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here