2,778 kes baru Covid-19

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 2,778 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,741,179. Nilai kebolehjangkitan pada masa ini menunjukkan trend menurun, dengan 0.88 setakat semalam. Ia mesti kekal di bawah 1.00 bagi menghalang peningkatan kes baru.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 18.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 25) di mana 3,160 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (802), Johor (416), Kelantan (391), Pulau Pinang (210), Pahang (200), Kedah (192), Terengganu (183), Perak (164), Kuala Lumpur (159), Sabah (127), Negeri Sembilan (124), Melaka (108), Putrajaya (29), Sarawak (27), Perlis (26), Labuan (2).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here