Polis pantau SOP beberapa lokasi tumpuan

Polis akan menjalankan pemantauan dan rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 di beberapa lokasi tumpuan sekitar ibu negara esok, sempena sambutan Tahun Baharu 2022.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya akan memfokuskan aktiviti yang boleh menyebabkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan SOP mengikut arahan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selain itu, katanya, tiada pertunjukkan bunga api akan diadakan di kawasan Pavillion dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena sambutan Tahun Baharu. Justeru, polis ingin mengingatkan bahawa seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih lagi kekal di bawah PPN Fasa 4 berkuat kuasa pada 18 Oktober lalu.

Orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak COVID-19. Kegagalan mematuhi SOP membolehkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang masih berkuat kuasa, katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here