‘Saya tidak melakukan sebarang jenayah’ – Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, bersedia sekiranya kes yang didakwa membabitkan dirinya dirujuk kepada Jawatankuasa Aduan SPRM. Malah katanya, sekiranya kes itu dirujuk, beliau juga bersedia menyerahkan kepada budi bicara Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) kerana tiada sebarang fakta disembunyikannya.

Malah beliau juga yakin tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau salah guna kuasa seperti yang didakwa pihak tertentu.Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan mengejut terhadap pembangunan di Kolam Takungan Banjir Sungai Jinjang, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here