Lata Mangeshkar meninggal dunia

Mumbai: Penyanyi lagenda dan bintang Bollywood, Lata Mangeshkar, 92, meninggal dunia pada Ahad akibat dijangkiti Covid-19 Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Breach Candy selepas dijangkiti pada 11 Januari lalu.

Menerusi ciapan di Twitter, Perdana Menteri India, Narendra Modi pada berkata, “Saya sedih tidak terkata. Lata Didi yang baik hati dan penyayang telah meninggalkan kami. Dia meninggalkan kekosongan di negara kita yang tidak boleh diisi, katanya.

Mangeshkar dilahirkan pada 28 September 1929 di pusat bandar Indore dan memulakan kerjayanya pada usia 13 tahun, apabila bapanya meninggal dunia dan dia terpaksa menjaga ibu dan empat adik-beradiknya.

Lima tahun kemudian, dia mendapat peluang pertama menyanyikan lagu untuk filem “Aapki Sewa Mein” (“Untuk Perkhidmatan Anda”). Dalam kerjaya yang prolifik, dia menjadi vokalis terkemuka industri filem India dan menyanyi dalam lebih daripada 1,000 filem.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here