Jangkitan COVID-19 melonjak 13,944 kes dilapor

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 13,944 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,939,198. Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 137 hari, sejak September 24.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Feb 7) di mana 11,034 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (2,411), Sabah (1,600), Kedah (1,448), Johor (1,369), Pulau Pinang (693), Kelantan (666), Pahang (581), Melaka (496), Perak (412), Kuala Lumpur (380), Negeri Sembilan (368), Terengganu (312), Putrajaya (105), Perlis (98), Sarawak (84), Labuan (11).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here