27,831 kes baharu COVID-19 hari ini catatan tertinggi negara

Kes harian COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan 27,831 kes baharu dilaporkan, setakat tengah hari ini. Catatan kes itu adalah yang tertinggi sejak negara dilanda wabak COVID-19. Negara kali terakhir mencatat kes tertinggi pada 26 Ogos lalu, dengan 24,599 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes baharu itu menjadikan sehingga kini 3,111,514 individu sudah dijangkiti virus berkenaan. Mengulas mengenai kes hari ini, Dr Noor Hisham berkata 72.32 peratus atau 20,128 kes adalah pesakit dalam kategori dua atau bergejala ringan. Selain itu 27.33 peratus atau 7,606 kes pula adalah pesakit dalam kategori satu iaitu bergejala ringan, diikuti kategori tiga (59), kategori empat (28) dan kategori lima (10),katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here