Lelaki didakwa tetak ibu tiri hingga maut

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gua Musang hari ini atas pertuduhan membunuh ibu tirinya di sebuah rumah di Kampung Batu Machang, Jerek, Gua Musang, Kelantan minggu lalu.

Tertuduh, Abdul Aziz Abdullah, 33, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh ibu tirinya, Rahana Abd. Razak, 55.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik di rumahnya di Kampung Batu Machang di sini kira-kira jam 3.30 hingga 4.30 petang pada 16 Februari lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 21 April depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan hasil bedah siasat.

Sebelum ini Astro AWANI melaporkan, seorang ibu berusia 55 tahun mati dalam keadaan menyayat hati apabila lehernya putus ditetak anak lelaki tirinya di rumah mereka di Kampung Batu Machang, Jerek.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here