Home Bahasa Malaysia COVID-19: 27,179 kes jangkitan baharu, 286 di ICU

COVID-19: 27,179 kes jangkitan baharu, 286 di ICU

Sebanyak 27,179 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 22 Februari, menjadikan jumlah kumulatif 3,273,958 kes.

Angka itu membabitkan 27,059 kes tempatan dan 120 kes import, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 99.37 peratus atau 27,007 kes adalah pesakit COVID-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

Selebihnya, 172 kes bersamaan 0.63 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5. Daripada jumlah itu, 51 kes belum divaksinasi, 91 kes sudah menerima dua dos vaksin, 30 kes sudah menerima dos penggalak, 67 kes berumur 60 tahun ke atas, 93 kes mempunyai komorbid dan enam kes ibu mengandung.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan 9 kluster baharu direkodkan, menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negara ini sebanyak 505. Sementara itu, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 19,037, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 2,974,441 kes.
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 286, manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 180 kes kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here