Kesatuan jururawat gesa KKM kaji waktu kerja 45 jam seminggu

Kuala Lumpur, Feb-
Kesatuan Jururawat Malaya (MNU) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan sistem waktu bekerja berlainan (WBB) yang berkuatkuasa 1 Mac ini kerana bimbang ia boleh menyebabkan lebih ramai jururawat menamatkan perkhidmatan.

Presidennya Saaidah Athman berkata gesaan itu dibuat ketika pertemuan beliau dengan Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan semalam.

Pada pertemuan tersebut, Saaidah turut menyerahkan satu memorandum kepada Dzulkefly.

Dalam arahan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada November lalu, mewajibkan jururawat wad bekerja tiga jam tambahan setiap minggu, menjadikan jumlah waktu kerja mingguan mereka kepada 45 jam.

Sistem waktu bekerja baharu itu pada mulanya dirancang bermula 1 Dis lalu tetapi ditunda kepada 1 Mac ini susulan bantahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here