Putin arah Rusia serang Ukraine

Moscow: Presiden Rusia Vladimir Putin, pada Khamis, mengumumkan operasi ketenteraan di Ukraine, dengan letupan dapat didengari di ibu negara dan bahagian lain di negara jirannya itu.

Ia selepas usaha diplomasi selama beberapa minggu dan sekatan dikenakan oleh Barat gagal menghalang Putin. Rusia sebelum ini menghimpunkan antara 150,000 dan 200,000 tentera di sempadan.

“Saya sudah membuat keputusan untuk operasi ketenteraan,” kata Putin menerusi siaran televisyen sebelum jam 6 pagi waktu tempatan Moscow.

Beliau juga mengarahkan tentera Ukraine untuk meletakkan senjata, tetapi mendakwa tidak mahu menjajah negara jirannya itu.

Wartawan AFP yang berada di Kyiv mendengar kenyataan dalam tempoh 30 minit pengumuman dibuat Putin. Letupan itu turut turut mendengar di Mariupol, menurut AFP.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan beliau akan membuat pengumuman negara pada Khamis ‘akibat’ daripada tindakan Rusia itu.

Biden juga berkata, negara lain perlu memastikan Rusia bertanggungjawab atas tindakan terbaharu itu Beliau berkata, serangan yang dibuat Rusia menyebabkan kehilangan nyawa dan ramai yang akan menderita.

Pengumuman Putin itu dibuat selepas Kremlin berkata, ketua kumpulan pemisah di timur Ukraine meminta bantuan ketenteraan Moscow untuk menentang Kyiv.

Dalam responnya, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang tampil dalam keadaan beremosi lewat malam tadi merayu supaya Rusia tidak menyokong ‘peperangan besar’ di Eropah.

Zelensky berkata, dia cuba menghubungi Putin namun tiada sebarang jawapan diterima sambil menambah kini 200,000 tentera Rusia berada di sempadan Ukraine.

Awal Rabu, ketua kumpulan pemisah Donetsk dan Lugansk, secara berasingan, menghantar surat kepada Putin bagi mendapatkan bantuan tindakan agresif Ukraine,” kata jurucakap Putin, Dmitry Peskov.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here