AirAsia sedia tingkat kapasiti pesawat

 AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL), anak syarikat penerbangan di bawah Capital A Bhd bakal menambah kapasiti pesawat susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia dan kebanyakan negara lain. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AAAGL, Bo Lingam, berkata kumpulan menjangkakan kapasiti operasi akan meningkat kepada 90 pesawat menjelang akhir tahun ini di Malaysia, manakala operasi di Thailand (40 pesawat), Filipina (20 pesawat) dan Indonesia (20 pesawat).

Ketika ini di Malaysia, jumlah pesawat beroperasi adalah sebanyak 45 dengan 60 peratus digunakan untuk penerbangan domestik manakala 40 peratus untuk penerbangan antarabangsa. Berdasarkan unjuran akhir tahun itu juga, jumlah penggunaan pesawat untuk penerbangan antarabangsa akan meningkat kepada 45 peratus,” katanya selepas taklimat media AAAGL di sini, hari inBo berkata, berkata kumpulan akan turut menambah perkhidmatan ke beberapa destinasi antarabangsa popular AirAsia termasuk Bali, Manila, Bangkok, Ho Chi Minh City, Phuket dan banyak lagi, bermula bulan depan.

Beliau berkata, operasi penerbangan domestik seluruh kumpulan juga semakin rancak menerusi pelancaran empat laluan domestik baharu di Malaysia dari Kuching ke Langkawi, Pulau Pinang ke Sibu, Johor Bahru. ke Bintulu dan Kota Kinabalu ke Kuala Terengganu, baru-baru ini.

AAAGL juga, katanya, melihat perkembangan serupa di peringkat serantau untuk perkhidmatan domestik dan antarabangsa di Thailand, Filipina dan Indonesia. AirAsia akan terus membuka laluan baharu selaras dengan permintaan. Perkhidmatan baharu akan diumumkan dalam masa terdekat apabila sempadan negara lain dibuka semula secara beransur-ansur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, syarikat menyaksikan penyambungan semula penerbangan antarabangsa secara beransur-ansur seiring dengan pembukaan semula sempadan di seluruh dunia.  Beliau berkata, dengan sekatan perjalanan yang semakin longgar, kumpulan syarikat penerbangan AirAsia meningkatkan kapasiti penerbangan domestiknya sebanyak 156 peratus sejak Oktober 2021 yang bermula dengan gelembung perjalanan Langkawi.

Akhirnya, banyak sempadan negara dibuka semula dan dengan pembukaan semula sempadan Malaysia, kami akan melancarkan semula banyak laluan baharu dari hab utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). Sebagai jaminan untuk tetamu, keselamatan sentiasa menjadi keutamaan di AirAsia dan kami sentiasa berusaha untuk menyediakan kualiti perkhidmatan bertaraf dunia dengan komitmen untuk mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan yang ketat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here