Dua sempadan Malaysia-Thailand dibuka

Malaysia dan Thailand mencapai kata sepakat hanya membuka pintu sempadan darat di Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan, mulai 1 April ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, protokol am pengembara umum pembukaan sempadan terpakai ke atas semua pengembara dari negara itu.

Kerajaan Thailand hanya bersedia untuk menerima pengembara pelancongan sahaja. Manakala bagi pengembara harian dan kerap, perbincangan masih dijalankan antara Malaysia dan Thailand. Buat masa ini protokol am pengembara umum terpakai ke atas pengembara dari Thailand katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi semua pengembara yang lengkap vaksinasi Covid-19 yang melalui sempadan udara Malaysia-Republik Singapura pula mereka hanya perlu melakukan ujian Covid-19 dalam tempoh dua hari sebelum berlepas. Mereka tidak perlu menjalani kuarantin dan melakukan pengujian Covid-19 semasa ketibaan.

Selain itu, hanya pengembara yang lengkap vaksinasi Covid-19, dibenarkan merentas sempadan darat antara Malaysia dan Singapura. Mereka juga tidak perlu menjalani kuarantin, melakukan pengujian Covid-19 sebelum berlepas dan semasa ketibaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here