Mayat wanita dalam gaung: Tempoh reman tiga individu dilanjut

Seremban, Perintah reman ke atas dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang wanita dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata reman terhadap dua lelaki berusia 41 dan 44 tahun serta wanita berusia 18 tahun itu disambung bermula esok hingga 4 April selepas tempoh reman mereka sejak 23 Mac lepas tamat hari ini.

Selain itu, pencarian yang bermula semalam di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud disambung pada 9.30 pagi tadi dengan menggunakan tiga anjing pengesan di kawasan seluas 200 meter radius. Setakat ini tiada petunjuk baharu ditemui, katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here