Isteri anggota tentera tikam suami direman lima hari

Kota Samarahan, Suspek kes tikam anggota tentera direman lima hari sehingga 10 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, permohonan reman dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Sataia Kombi di Mahkamah Kota Samarahan pada jam 9 pagi.

“Mahkamah membenarkan permohonan itu untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya ketika dihubungi Astro Awani. Dalam kejadian pada Isnin, seorang anggota tentera maut selepas kehilangan banyak darah akibat kecederaan di paha kiri dipercayai ditikam oleh isterinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here