Tahanan mati di lokap alami jangkitan paru-paru, positif Covid-19

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan kematian seorang tahanan di Lokap Berpusat Indera Mahkota di Kuantan, Pahang, hari ini. Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, tahanan itu sebelum ini dimasukkan ke lokap berkenaan pada Sabtu lalu.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kecederaan dialami tahanan itu. Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut selepas doktor mengesahkan tahanan itu mengalami jangkitan paru-paru selain positif Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here