MPM umum tarikh baharu peperiksaan Semester 2 dan 3 STPM

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini umumkan tarikh peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan juga Ulangan Semester 2 STPM 2021 baharu.

MPM dalam satu kenyataan berkata peperiksaan Semester 3 STPM 2021, bagi tarikh 18, 19, 24, 25 dan 26 Mei 2022 akan dipinda sehingga 25, 26 Mei 2022 dan 13, 14, 15 Jun 2022.

Peperiksaan ulangan Semester 2 STPM 2021 yang bermula pada 13,14,15 dan 16 Jun 2022 pula akan dipinda sehingga 16, 20, 21 dan 22 Jun 2022.

Kalendar dan jadual waktu peperiksaan yang telah dikemas kini pada 9 Mei 2022 boleh dimuat turun melalui portal rasmi MPM di www.mpm.edu.my .

Pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel stpm@mpm.edu.my ataupun hubungi di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here