Remaja maut, adik dan sepupu parah

Gua Musang: Remaja lelaki maut, manakala dua adik dan seorang sepupunya parah selepas motosikal ditunggang mereka berlanggar dengan kereta di Kilometer (KM) 27 Jalan Gua Musang-Jeli di sini, hari ini. Dalam kejadian 9.10 pagi, Mohamad Aikar Abdull Rahim, 14, meninggal dunia di tempat kejadian, sementara adiknya Siti Nur Maisarah, 9, dan Mohamad Arif, 5, selain sepupu, Nur Izzati Ariffin, 11, parah dan dirawat di hospital.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa membuat pusingan U untuk ke Pusat Internet Komuniti di kanan jalan. Pada masa sama, Proton Perdana yang dipandu lelaki berusia 34 tahun datang dari arah Meranti menghala ke Gua Musang, gagal mengelak mangsa disebabkan jarak yang dekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here