Kepala mangsa hanyut ditemukan ahli keluarga

Lundu: Kepala mangsa serangan buaya ditemukan hanyut di Sungai Ahong, Kampung Kangka, Lundu, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Damataries Lautin berkata, kepala itu ditemui ahli keluarganya kira-kira 5 petang semalam.

Menurutnya, mangsa, Sebarang Bingkok, 56, dilaporkan hilang sejak 3 petang semalam dan ahli keluarganya membuat laporan polis. Misteri kehilangan lelaki itu terjawab apabila ahli keluarganya menemui kepala mangsa hanyut dibawa arus petang semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Damataries berkata, kepala yang ditemui ahli keluarga mangsa itu sudah dihantar ke Hospital Lundu untuk siasatan lanjut. Menurutnya, operasi diteruskan hari ini bagi mengesan bahagian tubuh lelaki itu yang dipercayai mangsa serangan buaya.

Ia membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) , Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here