Polis maut rempuh BMW

Hulu Selangor: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperasi maut sejurus motosikal berkuasa tinggi ditunggang merempuh sebuah kereta di Kilometer 2, Jalan Batang Kali – Genting Highlands, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi, mangsa berusia 31 tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya meninggal dunia di lokasi kejadian akibat gangguan dalaman.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu kereta model BMW dan motosikal model Benelli.

Siasatan awal menemui mangsa dari Petaling Jaya menghala ke Genting Highlands. Setibanya di lokasi selekoh tajam, mangsa dipercayai termasuk laluan bertentangan dan melanggar kereta BMW dipandu warga emas berusia 63 tahun,” katanya.

Arsad berkata, akibat kemalangan itu mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu BMW tidak cedera. Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk membantu polis katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here