Anggota JPJ Cedera Dirempuh Motosikal

Port Dickson, Sep 18. Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera,  dirempuh sebuah motosikal yang melanggar sekatan jalan raya di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban Port Dickson hala Port Dickson, Negeri Sembilan,  ketika sepasukan anggota JPJ Negeri Sembilan menjalankan sekatan jalan raya dalam Operasi Penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya di lokasi terbabit  semalam.

JPJ dalam satu kenyataan, berkata anggota JPJ terbabit yang cedera pada otot leher, kepala serta bengkak pada tangan dan kaki dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Port Dickson. Keadaanya dikatakan stabil.

Hasil siasatan Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan mendapati penunggang motosikal terbabit mempunyai dua senarai hitam dan diambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berikutan kejadian ini, katanya penunggang motosikal berusia 25 tahun itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Dearah Port Dickson untuk tindakan lanjut.

Pihak JPJ turut membuat laporan polis dan siasatan polis dijalankan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Menerusi kenyataan sama, JPJ memaklumkan pihaknya melancarkan Operasi Khas Motosikal Tahun 2023 selama sebulan mulai 1 hingga 30 September ini di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here