1,572 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Putrajaya: Sebanyak 1,572 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus berkenaan di negara ini meningkat kepada 4,817,251 kes.

Tinjauan di laman sesawang Covidnow mendapati jumlah kes baharu itu membabitkan 1,569 kes penularan tempatan dengan tiga kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak 26,032 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dilaporkan semalam dan daripada jumlah itu, sebanyak 24,797 kes atau 95.3 sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, sebanyak 1,171 kes atau 4.5 peratus berada di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (4) serta unit rawatan rapi (ICU) (60) dengan 37 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Peratusan bagi penggunaan katil ICU di negara ini adalah sebanyak 61.2 peratus, namun bagi kegunaan pesakit Covid-19 jumlahnya pada paras 16.3 peratus. Setakat semalam, terdapat tiga kematian akibat Covid-19 dilaporkan dan dua daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan angka korban di negara ini ialah sebanyak 36,308 kes dan daripada jumlah itu, 7,717 kes adalah pesakit yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan boleh diberikan.

Mengenai kes sembuh, sebanyak 2,695 kes dilaporkan4 semalam sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih di negara ini ialah 4,75,911 kes. – MM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here