Agong beri laluan kepada ambulans

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberikan laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang petang ini.

Menerusi perkongsian video berdurasi 11 saat di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah yang sedang memandu kelihatan memberikan laluan kepada ambulans yang membunyikan kecemasan.

Menurut catatan di laman itu, Seri Paduka dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan, apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang kenderaan yang mengiringi baginda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here