8,000 kes kehilangan MyKad direkod setiap tahun – JPN

Kuala Lumpur, Sep 7
Setiap tahun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan sebanyak 200,000 kad pengenalan (Mykad) namun bagi setiap tahun pula JPN merekodkan 8,000 kes kehilangan MyKad di seluruh negara, kata Ketua Pengarah JPN , Zamri Misman.
Zamri mengulas lagi, jumlah itu merangkumi empat peratus daripada pendaftaran MyKad yang dikeluarkan JPN pada setiap tahun. JPN risau sangat dengan keadaan ini kerana Mykad yang hilang kalau diperolehi oleh orang yang tidak bertanggungjawab ia akan mengundang lagi kepada banyak risiko.
Biasanya kebanyakan Mykad hilang semasa pemiliknya keluar bercuti. Kemungkinan besar mereka lupa untuk membawa balik Mykad mereka setelah berurusan terhadapnya. Mereka harus ingat, kalau kehilangan Mykad dilaporkan kali ketiga, kena bayar denda 1,000 ringgit untuk mendapatkan Mykad baru. Walau bagaimanapun beliau menegaskan orang kehilangan Mykad haruslah melaporkan serta merta kepada polis dan membuat permohonan baru di JPN.
Disamping itu setiap tahun JPN mendapat tahu lebih 4,000 orang yang layak untuk permohonan Mykad enggan buat sedemikian. Beliau berkata bukan sahaja orang kurang upaya, malah orang lain pun menganggap mereka tak perlu perolehi Mykad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here