Kuala Lumpur -Sep 7
Dari bulan January hingga July tahun ini sebanyak 727 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di negeri Selangor. Timbalan ketua polis Selangor Dato S. Sasikala Devi berkata mangsa utama dalam keganasan rumah tangga adalah perempuan.
Wanita yang menjadi mangsa keganasan adalah dalam lingkungan umur 26 tahun hingga 45 tahun beliau menjelaskan. Pada keseluruhan tahun lepas, 1,285 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di negeri Selangor. Dalam kebanyakan kes keganasan rumah tangga berlaku kerana salah faham.
Sasikala berkata bukan suri rumah sahaja menjadi mangsa keganasan rumah tangga, malah orang berpelajaran tinggi dan pihak profesional pun menjadi mangsa utama dalam keganasan rumah tangga. Kebanyakan mereka mengalami kecederaan fizikal dengan penderaan, segelintiran mengalami kemurungan. Setengah daripada mereka menjadi mangsa seksual dan juga trauma mengenainya. Beliau berkata demikian di suautu wawancara saluran radio Fm100.9.



















