Wanita Rugi RM31,638.85 pada scammer hantar e-mel saman

Shah Alam -Sep 7
Seorang wanita mengalami kerugian berkaitan kes penipuan secara dalam talian yang melibatkan kerugian RM31, 638.85. Dia menjadi mangsa e-mel palsu untuk urusan pembayaran saman trafik .

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 37 tahun itu menerima e-mel yang mendakwa dia mempunyai satu rekod saman.

E-mel tersebut menyertakan portal rasmi MyBayar Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mangsa membuat semakan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hussein berkata, mangsa membuat semakan melalui portal tersebut dan mendapati terdapat satu saman PDRM atas kenderaannya.E-mel palsu tersebut itu juga memberikan amaran kepada mangsa untuk segera membuat bayaran saman tersebut, jika tidak tindakan tegas akan diambil.

E-mel tersebut juga menyertakan satu laman My Bayar PDRM bragi@noxmedical. com untuk mangsa membuat bayaran secara dalam talian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here