Dua wanita tampar kenalan hingga patah gigi

Kuala Trengganu, Sep 8
Dua wanita tempatan yang juga pembantu kedai makan yang disyaki menampar seorang kenalan mereka sehingga mangsa itu patah gig,i ditahan oleh polis. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, berkata, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mereka di muara Jambatan Angkat Kuala Terengganu, dekat sini.
Menurut beliau, salah faham tersebut dipercayai berpunca isu teman lelaki sebelum mangsa yang berusia 19 tahun ditampar di kedua-dua belah pipi sehingga menyebabkan giginya patah. Mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada pukul 4 pagi. Susulan itu dua wanita berusia 40 dan 23 tahun ditangkap di sebuah kedai makan di daerah ini kira-kira pukul 2.15 petang dua hari lepas.
Menurut beliau, dua suspek berkenaan telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Ahad bagi membantu siasatan. Jika sabit kesalahan, kedua-dua suspek berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here