Kilang kayu terbakar

Kuala Lumpur, Dis 04.
Sebuah kilang kayu di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah dilaporkan terbakar, kata bomba.

Bomba dalam kenyataan berkata pasukannya digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kebakaran pada 7.57 malam tadi.

Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, BBP Sungai Petani, BBP Yan, dan BBP Kulim Hi-Tech digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan, katanya.

Menurut Ketua BBP Aman Jaya, Azhari Abdullah, kebakaran melibatkan sebuah kilang kayu.
Terdapat juga berlaku letupan berbentuk bunga api di kawasan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here