Ipoh, Sep 9
Seorang Ibu dan anak dia cedera apabila kereta dinaiki mereka dihembap pokok tumbang.
Peristiwa yang ngerikan itu berlaku petang semalam di Lapangan Permata 1, Taman Song Choon dekat Ipoh.Semasa hujan lebat dan angin kencang kejadian berlaku. Kereta itu melalui tempat itu semasa pokok di tepi jalan tumbang . Mangsa yang mengalami kecederaan itu adalah seoran wanita berusia 47 tahun dan anak lelakinya, 14.
Akibat henbapan kuat mereka berdua tersepit dalam kenderaan berkenaan. Pihak bomba dipanggil pada pukul 3 petang. Sepasukan anggota dari Simpang Pulai, dikejarkan ke lokasi untuk membantu. Bomba memotong pokok tumbang di atas kereta berkenaan sebelum membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Kedua-dua mangsa berkenaan mengalami kecederaan ringan dan mereka mendapatkan rawatan di sebuah Hospital Swasta.





















