Institut Kesihatan Mental bakal ditubuhkan

Kuala Lumpur, Sep 11.
Kerajaan akan menubuhkan Institut Kesihatan Mental ekoran masalah tersebut semakin membimbangkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik di hospital dan klinik kesihatan juga akan diperluas ke seluruh negara bagi memastikan perkongsian rekod perubatan pesakit di negara ini lancar, sistematik dan mesra rakyat.

Menurut beliau, kerajaan juga akan meneliti cadangan sewaan peralatan perubatan bagi memastikan mutu rawatan kesihatan buat rakyat menggunakan peralatan termaju dan berteknologi tinggi. Liputan perlindungan kesihatan akan ditingkatkan melalui perluasan Skim Perubatan MADANI bagi menzahirkan hasrat murni kerajaan dalam membantu golongan kurang berkemampuan, katanya ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Perdana Menteri kata, sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf untuk tempoh 2023 hingga 2025 bagi menjamin mutu perkhidmatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here