ANGGOTA Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhadapan dengan tindakan undang-undang jika gagal memohon maaf secara terbuka terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.
Tuntutan permohonan maaf itu dibuat terhadap kenyataan Mohd Puad bahawa Muhyiddin enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi dari Indonesia sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.
“Pejabat Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dibuat oleh Datuk Mohd. Puad Zakarshi kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia,” katanya.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Muhjyiddin ketika ini menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah.
Perdana Menteri turut dipakaikan gelang pengawasan setibanya dari Jakarta pada Jumaat lalu dan sedang menjalani kuarantin di rumah.