Lelaki tua , cucu lemas dalam kolam

Sungai Petani, Sep 12.
Seorang warga emas berusia 78 tahun dan cucu lelakinya berusia setahun tujuh bulan ditemukan lemas dalam kolam terbiar berhampiran sebuah restoran di Taman Kempas, di sini malam tadi.

Mereka ditemukan kira-kira jam 7.20 malam sebelum penemuan dimaklumkan kepada polis yang kemudian menghantar sepasukan anggota dari Balai Polis Tikam Batu ke lokasi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang pengadu yang memaklumkan penemuan dua mayat itu dalam keadaan terapung dalam kolam berhampiran restoran berkenaan.

Kolam tinggal yang terbiar itu dianggarkan sedalam kira-kira satu meter itu. Mangsa kemudian dikeluarkan dengan bantuan orang awam. kanak-kanak yang lemas adalah anak kepada anak lelaki mangsa berusia 78 tahun terbabit dan keluarga itu menetap di Kampung Matang Berangan, Pinang Tungga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here