Sepak wanita, pijak gelandangan: Lelaki ditahan

Petaling Jaya, Sep 12
Seorang lelaki ditahan oleh polis kerana disyaki menyepak wanita dan memijak gelandangan bertubi-tubi di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, laporan dibuat seorang pekerja wanita kedai bunga berusia 21 tahun yang turut dipukul suspek pada 12.11 tengah malam tadi. Susulan itu, katanya, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan dan direman tiga hari sehingga Rabu ini untuk disiasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here