Perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’

Kuala Lumpur, Sep 16.

Beribuan orang berkumpul di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ anjuran Perikatan Nasional.Kebanyakan mereka berbaju putih dan membawa sepanduk yang meminta Ahmad Zahid didakwa semula.

Perhimpunan yang bermula pagi pagi itu menyaksikan aktivis PN, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dan Tun Faisal Ismail Aziz dari Bersatu berucap di hadapan orang ramai dari sebuah trak pikap.

Penyokong yang hadir turut kedengaran melaungkan “dakwa Zahid” dan “reformati”. Perhimpunan itu diadakan bagi membantah keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, salahguna kuasa dan pengubahan wang haram.

Tun Faisal memberitahu orang ramai bahawa dia akan hadir ke ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis bagi meminta Zahid didakwa semula. Setakat jam 2 petang, penyokong yang hadir berarak ke IPD Dang Wangi sambil diawasi beberapa anggota polis.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here