Kuala Lumpur, Sep 28.
Seorang lelaki warga emas maut selepas ditikam di hadapan sebuah rumah teres di Taman
Dalam kejadian jam 7.40 malam itu, mangsa dikenali sebagai Ah Kau, 80, yang juga penjual buah-buahan ditemui mati dengan kesan kecederaan di muka dan badan akibat tikaman.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata bertindak atas maklumat awam, pihak polis pergi ke lokasi kejadian di Jalan Hujan Emas 5, Taman OUG.
Hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah terbaring di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat dalam keadaan berdarah dan lengkap berpakaian. Saksi yang juga penyewa rumah berkenaan memaklumkan bahawa si mati menjadikan kawasan rumah berkenaan sebagai tempat menyimpan buah-buahan untuk dijual di pasar pagi, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Saksi yang juga penyewa rumah berkenaan memaklumkan bahawa si mati menjadikan kawasan rumah berkenaan sebagai tempat menyimpan buah-buahan untuk dijual di pasar pagi.Pada masa ini pihak polis masih memburu beberapa lagi suspek lain untuk siasatan lanjut.
Amihizam berkata, hasil siasatan susulan, pihaknya menahan empat lelaki warga asing berusia antara 29 hingga 53 tahun untuk membantu siasatan. Pada masa ini pihak polis masih memburu beberapa lagi suspek lain untuk siasatan lanjut.





















