Lelaki sengaja cetus kemalangan

George Town, Mac
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki sengaja menyebabkan kemalangan kerana ingin mendapatkan ganti rugi dan video mengenai insiden itu tular, sejak semalam.

Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid, berkata berdasarkan siasatan, lelaki itu didakwa sengaja mencetuskan kemalangan di beberapa lokasi sekitar George Town, Jalan Masjid Negeri, Taman Tun Sardon, dan Bukit Gambir.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian membabitkan lelaki itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada kami,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal sengaja mencetuskan kemalangan dengan melanggar kenderaan lain sebelum mendakwa kesalahan itu berpunca daripada pemilik kenderaan terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here