Rakyat perlu diberi peluang saksama nikmati transformasi teknologi – PM

Kuala Lumpur, Sep 28
Transformasi teknologi tidak akan mapan bagi sesebuah negara jika setiap rakyatnya tidak diberi peluang sama rata untuk menikmati perubahan berkenaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, dalam falsafah Madani, perubahan itu, terutama dari segi capaian internet, perlu dinikmati oleh semua, dari rakyat di bandar hingga di Sabah dan Sarawak.

Kita tidak boleh mapan jika kita hanya melihat dari segi perubahan dan transformasi teknologi tanpa keprihatinan dan ihsan, dan memastikan setiap rakyat di negara ini mendapat peluang itu.

Pelaksanaan rangkaian 5G ini secara keseluruhannya jelas menunjukkan yang ia bukan hanya mengenai teknologi tetapi mengenai memastikan, dari setinggan dan rakyat miskin di bandar sehingga ke kawasan paling terpencil di Sabah serta Sarawak perlu diberi peluang kepada capaian.Jika tidak, pada pandangan saya, ia tidak mapan.

Kemapanan bukan hanya untuk manfaat segelintir elit bandar dan pemerintah tetapi ia bermakna setiap rakyat akan mendapat manfaat, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup Sidang Kemuncak Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Malaysia 2023 di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here