Warga India hilang daki gunung di Cameron Highlands

Petaling Jaya, Sep 28.
Seorang lelaki warga India dilaporkan hilang selepas mendaki Gunung Jasar di Cameron Highlands, hampir seminggu lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Nanda Suresh Nadkarni, 44, dipercayai keluar dari hotel untuk mendaki Gunung Jasar kira-kira jam 9.20 pagi 22 September lalu. Bagaimanapun, lelaki itu tidak pulang ke bilik hotel untuk mendaftar keluar sebelum kehilangannya dilapor kepada pihak berkuasa tiga hari kemudian menurut Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria

Susulan laporan itu satu operasi mencari dan menyelamat disertai 100 anggota terdiri daripada bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, tentera dan Pasukan Gerakan Am dilancarkan.
Operasi turut dibantu tiga anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) polis dan bomba.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata ada saksi mendakwa terserempak dengan mangsa yang bertanyakan arah jalan ke puncak Gunung Jasar dan Bharat Teh.Katanya, pencarian diteruskan di persekitaran kawasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here